BBM3410 - 2022 - KETIKA DAN KALIMAT

KETIKA DAN KALIMAT

 GAMBAR KEHADIRAN - MINGGU 14(2) 1/7/2022

Hai dan Assalamualikum semua.

Pejam celik pejam celik dah tiba minggu terakhir bagi kelas Multimedia dalam Bahasa. Minggu depan semua dah mula fokus untuk ujian akhir semester. Rasa sekejap sahaja masa berlalu pergi. Namun, kenangan tetap tersimpan di dalam hati. Kalau semua nak tahu, kelas multimedia ni la antara kelas yang paling seronok sekali! Nak tahu tak sebab apa? sebab tugasan yang diberikan semuanya bermain dengan teknologi. Dalam kita tak sedar kita ambil gambar untuk kenangan dan pada masa yang sama gambar tu pun kita boleh gunakan untuk siapkan tugasan yang diberikan. Kan mudah macam tu! Pensyarah Prof Normaliza pun baik orangnya. Beliau sangat memahami pelajar-pelajarnya. Beliau juga memberikan semangat kepada kami semua untuk sentiasa lakukan yang terbaik dalam setiap tugasan yang beliau berikan kepada kami. Tak sangka, semua tugasan dapat kami selesaikan dengan baik.

Terima kasih juga saya nak ucapkan kepada ahli produksi saya iaitu SaPe Production. Mereka semua sangat tekun dan rajin dalam menyiapkan segala tugasan. Kerjasama antara kami sangat baik seperti sudah berkawan lebih daripada 10 tahun walaupun kami semua baru sahaja berkenalan. Mereka sentiasa melakukan yang terbaik demi mencapai hasrat pensyarah dalam setiap tugasan yang diberikan. Terima kasih ye Hannah, Ira, Midah, Ika, Mar, Nawa, Zana, Law, Ong dan Farid. Korang semua memang terbaik. Saya berharap saya dapat berkerjasama dengan mereka lagi buat masa yang akan datang dan saya juga doakan agar kita satu kumpulan memperoleh keputusan yang cemerlang bagi kursus  BBM3410 Multimedia Dalam Bahasa ini. <3

Terima kasih dan jumpa lagi semua.

KUMPULAN 4 - SaPe PRODUCTION 

1. MOHAMMAD ILMAN WAFEY BIN MAT DIN (205498)
2. SHARIFAH HANNAH ADIBAH BINTI WAN SERAIL (205518)
3. LAW XIAO PEI (205722)
4. NUR SYAQIRAH BINTI MOHAMAD AZEMI (206297)
5. NUR ZULAIKA BINTI MAT (206362)
6. NUR ZANARIAH BINTI MADIHI (206379)
7. ONG XIAO HUI (206517)
8. HAMIDAH BINTI JAMALUDIN (206622)
9. NURUL NAJWA BINTI MD NIZAM (206640)
10. MARIANA BINTI JAMALUDDIN (206961)
11. MUHAMMAD FARID BIN AB RAHIM (207119) KETUA

Ulasan