ABOUT ME
KENALI DIRI YANG BERNAMA ILMAN INI
Assalamualaikum dan hai semua!
Terima kasih kerana sudi menerjah ke laman saya ini. Alang-alang dah masuk sini, marilah kita berkenalan terlebih dahulu. Nama saya ialah Mohammad Ilman Wafey bin Mat Din dan saya senang jika dipanggil Ilman oleh rakan-rakan. Saya berumur 22 tahun pada tahun ini dan masih berjuang untuk memperoleh segulung ijazah di Universiti Putra Malaysia dalam Bacelor Sastera Bahasa dan Linguistik Melayu dengan Kepujian (80-1). Saya dilahirkan di Kuala Lumpur dan dibesarkan oleh kedua ibu bapa saya bersama dengan empat orang adik beradik di Petaling Jaya, Selangor.
Tidak sah bukan kalau tidak cerita pasal hobi dalam biodata diri. Sebenarnya, saya gemar melukis lukisan walaupun hasilnya tidaklah secantik seorang pelukis. Saya juga gemar membaca novel, menonton filem dan mengambil gambar pada waktu lapang walaupun masa yang ada tidak seberapa lapang. Kalau cerita pasal makanan, saya tak boleh tinggal. Makanan yang saya suka boleh dikatakan semua tetapi yang menjadi pilihan di hati ialah nasi kerabu dan laksam. Percayalah, sesiapa sahaja yang tinggal dekat Malaysia pasti sukar untuk membuat pilihan dalam menentukan makanan kegemaran mereka.
Salam perkenalan - ilman.
![]() |
Gambar Ilman di Pantai Morib |
NAMA:
MOHAMMAD ILMAN WAFEY BIN MAT DIN
NO. MATRIK:
205498
TARIKH LAHIR:
08 OGOS 2000
TEMPAT LAHIR:
WILAYAH PESEKUTUAN KUALA LUMPUR
Ulasan
Catat Ulasan