BBM3410 - 2022 - KETIKA DAN KALIMAT

KETIKA DAN KALIMAT GAMBAR KEHADIRAN - MINGGU 14(2) 1/7/2022 Hai dan Assalamualikum semua. Pejam celik pejam celik dah tiba minggu terakhir bagi kelas Multimedia dalam Bahasa. Minggu depan semua dah mula fokus untuk ujian akhir semester. Rasa sekejap sahaja masa berlalu pergi. Namun, kenangan tetap tersimpan di dalam hati. Kalau semua nak tahu, kelas multimedia ni la antara kelas yang paling seronok sekali! Nak tahu tak sebab apa? sebab tugasan yang diberikan semuanya bermain dengan teknologi. Dalam kita tak sedar kita ambil gambar untuk kenangan dan pada masa yang sama gambar tu pun kita boleh gunakan untuk siapkan tugasan yang diberikan. Kan mudah macam tu! Pensyarah Prof Normaliza pun baik orangnya. Beliau sangat memahami pelajar-pelajarnya. Beliau juga memberikan semangat kepada kami semua untuk sentiasa lakukan yang terbaik dalam setiap tugasan yang beliau berikan kepada kami. Tak sangka, semua tugasan dapat kami selesaikan dengan baik. Terima kasih juga saya nak ucapkan kepa...